Haha.. Baru sekarang idea aku nak datang.. Sebelum ni pergi mane tahh.. Penat carik *membebel Bla Bla Bla.. pejam celik pejam celik CHAKK!! haha.. Setahun lebih dah aku menjalani kehidupan yang tak sempurna.. lupa kenape ? back to 13 october 2011.. Dimana hari itu telah merubah segala galanya..
gambar ni akak Anna yang amik.. masa ni tengah masuk kan darah.. Anna pulak tengah tidur.. lalok seminggu effect ubat vius mase opration.. hehe..
Anna rasa down sangat sangat bila tengok keadaan Anna macam tu.. macam macam fikir.. pasal Anna dah tak boleh nak cantik cantik nanti.. dah tak boleh bawak motor lagi.. dah tak boleh nak buat ape yang Anna buat dulu.. tak boleh nak degil degil.. hehe.. sengal punye budak.. rupe rupenye Anna silap.. Anna masih bertuah.. sebab.....
Anna dah boleh pakai tudung bawal tanpa bantuan orang lain..
Anna dah boleh gaya kan tudung ikut fesyen yang Anna suka.. *Pun tanpa bantuan orang lain..
DAN.. tenguk tu.. Anna dah boleh senyum semula ^_^
Semua ni berkat usaha Anna dan jugak orang orang yang Anna sayang terutama sekali Yie :) Dan bukan tu ja yang Anna boleh buat.. tapi....
TENGUK TU.. Anna dah boleh bawak motor balik.. VROOM VROOM ! rempit rempit ! *Demo ja.. motor tak gerak pun.. kalau gerak masuk sungai terus nanti.. Hehehe
Hasil dari kedegilan ini , Anna dah boleh bawak laju laju :) *shutt.. jangan bagi tahu parent Anna ye.. Muehehe >..< Senyum , senyum jugak.. Ketawa , ketawa jugak.. Tapi itu bukan bermakne Anna dah lupakan apa yang dah terjadi pada diri Anna ni.. Kejadian itu tetap segar dalam ingatan Anna sampai bila bila.. Kerana...
Kesan parahnya masih ada , kesan sakitnya masih dirasai dan yang mengerti hanya lah Yang Maha Esa :')
PERINGATAN : nak bawak motor boleh.. tapi bawaklah dengan menggunakan akal.. jangan pentingkan diri sendiri.. TOLONG JANGAN CUAI.. jangan fikir kita bawak laju kita terer.. jangan fikir kita bawak slow kita selamat tapi kalau kita cuai , pun tak ada guna.. faham fahamkan dan selamat beramal :)
Anna <3
Terima kasih kerana sudi membaca . . ANNA YIE ♥