Thursday, 8 March 2012

Sambungan (Kisah Anna) II



Huii..Anna nii..
Anna nak sambung story ni..
korang still nak tahu apa continue nya
story Anna tak??
tak nak?? tak apa lah..Anna tak kisah pun..
pada siapa yang nak tahu,
ni sambungan nya ye..

***

masa dah sampai hospital,Anna di masuk kan 
ke bilik kecemasan..
lepas tu ada doktor datang urus kan keadaan Anna..
Anna tak nampak pun muka muka doktor tu..
sebab mereka berada di sebelah kanan Anna..
Anna sanggup teleng kan kepala demi tak nak pandang
tangan Anna yang hampir putus tu..
Anna tak boleh terima kenyataan saat tu!
masa doktor tangah check tangan Anna,
masa tu la Anna menangis..sebak sangat masa tu..
Anna dengar doktor cakap macam macam..
'tangan dia dah macam ni'
'oh my god! otot die dah terkoyak habis'
'urat saraf dia dah hilang'
'tulang adik separuh dah hancur'

saat Anna mendengar kan kata kata itu,
tanpa menghirau kan apa apa dan siapa,
Anna meraung semahu mahunya..
hancur hati mendengar kan kata kata doktor tu..

siapa lah yang dapat terima jika 
jatuh yang di sangka kan luka nya sedikit,
rupa rupa nya membawa kepada kecacatan..
 
Anna terus menangis,sebab Anna dah tak nak
dengar apa apa!
kalau mereka nak cakap,jangan depan Anna!
Anna tak sanggup nak dengar..
tu ja alasan kenapa Anna menangis sampai
dah tak ingat dunia..
Anna terus menangis,sampai Anna tertidur..

Anna penat sangat..semakin lama Anna terbaring
di atas katil,semakin tak bermaya..
Anna dah tak kuat..
tapi
walaupun mata Anna terpejam,
Anna masih boleh mendengar walau hanya samar samar..
Anna dengar abah cakap sambil meletak tapak 
tangan abah ke dahi Anna..
"adik..abah ni..kuat kan semangat adik"
Anna dengar suara emak..
"adik jangan takut ye..mak ada ni..adik jangan menangis..
adik kene kuat"

dengan tak semene mene nya,air mata Anna mengalir lagi..
perlahan Anna bukak mata dan bercakap,
"mak jangan nangis,adik tak ada pape..
cume sikit ja ni,mak jangan risau ea"

Anna tak nak menangis depan mereka sebab
Anna tak nak mereka terlalu susah hati..
Anna tak nak mereka bertambah sedih..
cukup lah apa yang mereka nampak saat itu..

tepat 9 malam Anna di masuk kan ke
bilik pembedahan..
lepas tu,Anna dah tak ingat apa apa..
sebab Anna tidur..
mak cakap Anna keluar dari bilik tu dalam pukul 12 tengah malam..

klau nak di banding kan antara
tangan dan hati Anna ni,
hati lah yang paing sakit..
kenape???
walaupun tangan Anna yang cacat,
tapi hati Anna yang terima luka nya...

bila ada yang bercerita tentang tangan Anna,
hakikat nya hati Anna yang merasa..
bila ada yang mengutuk tangan Anna,
hakikat nya hati Anna lah paling tesiksa!

orang tak paham,tak tahu
kenapa Anna terlalu gembira,
terlalu suka ketawa,
tak ada siapa nak tahu dan paham..

hanya Yie!
Yie lah yang selalu berada di sisi Anna,
yang selalu bagi semangat kat Anna,
yang selalu paham Anna..
hanya Yie yang tahu Anna..

kalau tak ada Yie,Anna tak tahu
apa yang akan jadi pada diri Anna ni..
Anna sunyi tanpa Yie..

Anna selalu ketawa,
Anna rasa gembira sangat bila dapat ketawa..
tapi selalu nya,ada saje yang merosak kan..
ada yang tak suka bila Anna terlalu gembira..
korang tahu tak apa sebab Anna macam tu???
tak tahu kan!
korang tahu tak sebab apa Anna selalu ketawa??sebeb apa Anna selalu nak gembira aja??
tak tahu kan!!!
di sebalik setiap gelak tawa Anna,
Anna sembunyikan kekecewaan Anna..
Anna sembunyi kan kesedihan Anna..
Anna sembunyi kan air mata Anna..

tak ada siapa pun nak tahu dan paham kenapa Anna selalu ketawa..
yang mereka tahu,mengherdik,mengata,menghina saja!!!
tak tahu pun tentang perasaan Anna!!
bila Anna masih boleh ketawa,
biar kan lah...
jangan di ganggu dan rampas kegembiraan itu..
walau pun ia nya agak terlampau..
Anna rela begitu dari
hidup Anna di temani kekecewaan,kesedihan dan air mata...
Anna pernah di hina...


Disaat Anna membaca setiap ayat itu ,hanya air mata yang mampu Anna ungkapkan..
 Didalam keadaan Anna tersedu sedu menahan perit yang Anna terima,Allah berikan
Anna seorang teman yang setia mendengar luahan hati Anna..Abang angkat Anna..
Dia lah insan yang ada disaat Anna perlukan teman  untuk menceritakan luahan hati Anna..
Dia tidak pernah jemu memberikan Anna kata kata semangat untuk Anna bangun dari terjatuh..
Dia sentiasa ada disaat Anna memerlukan..
"JANGAN CEPAT MELATAH DISAAT KITA TERJATUH..JANGAN TERLALU LAMA DUDUK,BANGUN DAN LAWAN MASA 



saat tu,dengan tak semene mene nya air mata mengalih dengan laju..
tak dapat Anna nak manahan rasa kekecewaan pada saat itu..
mengata dan megutuk Anna tanpa fikir kan tentang perasaan Anna!!
Anna akan ingat sampai Anna mati nanti!!
dan Anna tak kan lupa siapa yang telah sudi menghina Anna..


PESANAN UNTUK SI PENGHINA

aku  tak berdendam dengan kau
dan aku maaf kan kau
hanya 1 aku mintak
JANGAN HINA AKU LAGI
============')       anna

Terima kasih kerana sudi membaca . . ANNA YIE ♥

Sunday, 4 March 2012

Sambungan (Kisah Anna) I


hai..maaf lah sebab tangguh kan penceritaan..
penat lah menaip sebelah tangan ja..
haha.. =D

***

Anna sambung cerita ea..
sebenar nya Anna pernah terlibat dalam satu kemalangan yang ngeri..

Pada 13.10.2011,hari khamis...
Anna dari sekolah nak balik rumah..masa tu Anna bawak motor..
Anna bawak sorang kawan..
sebelum kejadian berlaku,Anna hantar kawan Anna 
dekat rumah dia..lepas dah hantar,Anna pergi
kedai sebab kawan Anna kirim belikan topup..
lepas dah beli,Anna teruskan perjalanan Anna untuk balik ke rumah..

semasa dalam perjalanan,Anna bawak motor biasa biasa ja..
tak laju pun..tak lebeh 60km/j pun..
lepas tu Anna sampai dekat satu seleko..
masa dekat seleko tu lah Anna kemalangan ..

dari arah bertentangan ada sebuah lori yang datang dengan laju nya..
dan Anna terus terhentak pada bahagian belakang lori tu..
dengan pantas nya Anna tergolek kedepan lalu jatuh dan berguling guling..
masa tu Anna rasa betul betul takut dan terkejut yang amat..
Anna terbaring di tengah jalan dan langsung tidak mampu untuk
buat apa apa termasuk bingkas bangun untuk ke tepi jalan..
apa yang mampu Anna laku kan pada saat saat gentir itu ialah mengucap
dan menyebut nama Allah berulang ulang kali sehingga
ada seorang pakcik yang Anna tidak kenali cuba
menyelamat kan Anna..

disaat mula mula Anna berhenti dari berguling guling,
hanya dua perkara yang Anna fikir kan..
yang pertama ialah Anna fikir kan Allah dan mintak Allah selamat kan 
nyawa Anna..
yang kedua ialah Anna takut sangat kalau kalau
ada kenderaan lain datang dengan laju dan terus menyambar
tubuh Anna yang terkulai kaku di tengah jalan ..
pilu sangat Anna pada saat itu..

sambung balik pada pakcik yang mula mula nampak Anna tu..
dengan segera pakcik tu panggil orang yang berhampiran untuk
menyelamat kan Anna..
masa Anna terkulai kaku di tengah jalan,
Anna nampak bas sekolah,van sekola..
Anna cukup risau,kerana ramai rakan rakan Anna
yang nampak Anna dalam keadaan tangan Anna yang
mengerikan..
Anna tak nak mereka lihat Anna pada saat keadaan Anna yang macam tu..
Anna tak nak mereka risau..

setelah bas dan van sekolah melewati laluan tempat
Anna kemalangan,Anna di angkat ke tepi bahagian jalan..

Anna rasa sakit sangat masa tu..
sehingga tak bisa menitis kan air mata..
hanya berdiam dan mengucap di dalam hati..

masa Anna berada di tepi jalan,
Anna rasa kan sesuatu yang lain pada tangan kanan Anna..
merasakan keadaan itu,Anna cuba pandang
apa yang berlaku pada tangan Anna..
"ya Allah! tangan aku! tangan ya Allah! tangan!"
Anna menjerit semahu nya..
kalian tahu apa yang Anna nampak pada tangan Anna tu??
Anna nampak daging yang hancur,yang berbuih..
'Allahuakbar..tangan aku ya Allah..kenapa dengan tangan aku ini ya Allah'..
jerit hati Anna..
masa Anna menjerit jerit,
tiba tiba datang mak Anna yang sedang menangis nangis..
di iringi oleh abah,abg ijat dan nenek Anna..
mendengar tangisan emak dan melihat wajah emak,
Anna terus berdiam dari menjerit..
apa yang Anna mampu kata kan,
"abg ijat,bawak emak jauh jauh..
jangan dekat dengan adik!"
sungguh! Anna tak nak emak tengok keadaan Anna dan tangan 
Anna pada masa tu..

sepanjang perjalanan ke hospital yang ditemani emak,
Anna hanya berdiam diri..
Anna tak mampu nak cakap apa apa..
Anna penat,nak tidur..
tapi Anna pejam kan mata ja..
nurse tak bagi Anna tidur
sebab takut terjadi apa apa semasa Anna tidur..

Anna penat lah menaip..
nanti Anna cerita lagi ye..
to be continue...
Anna =) <3

Terima kasih kerana sudi membaca . . ANNA YIE ♥

Saturday, 3 March 2012

Kisah Anna


Hai..Anna nak start blog ni dengan kisah hidup Anna yang amat meluka kan hati Anna..
kowang nak tahu pasal Anna tak??
tak nak takpe..Anna tak kisah..tapi pada siape yang nak tahu,
disini Anna akan ceritakan..segala galanya..
tujuan Anna menceritakan kisah ini bukan lah
 untuk meraih simpati para pembaca sekalian..
Atau mencari publisiti murahan semata mata..

***

Maybe takde siape yang tahu tentang perasaan Anna..
sebab Anna selalu ketawa dan terlalu ceria ..
tapi sebenar nya,Anna nak tutup satu perasaan yang amat 
pahit untuk di telan ,amat payah tuk di luah tu..
kalau boleh Anna tak nak sesiapa pun tahu tentang 
perasaan Anna yang sebenar nya amat terluka ini..
hanya Allah ja yang tahu macam mana rasa nya
keperitan yang Anna rasakan setelah 
menerima dugaan yang Anna sendiri tak tahu
sehebat mana Anna sanggup pikul untuk seumur hidup ini..

***

Hidup Anna kian berubah setelah terlibat dalam
satu kemalangan yang berlaku dalam sekelip mata..
dan tak mampu untuk dielak..

humm..penat la nak menaip..
to be continue ea..bye..

Anna

Terima kasih kerana sudi membaca . . ANNA YIE ♥